Cam BeSt je.. JOM KliK..♥♥♥

Saturday, February 19, 2011

JaNgAn MenSia-SiAkAn DiA

Salam...

today i want to share sumthing about love... sumber dari Dara.com edisi Disember 2009..

Orang yang mencintai kamu akan.......

  • Belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD atau kaset kamu kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu.. Baginya kesukaanmu kesukaannya juga..
  • Kali terakhir bertemu kamu sedang sakit, beberapa hari kemudian dia akan mengirim SMS dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu..
  • kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "good luck" untuk memberikan semangat kepada kamu..
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia..
  • Jika kamu kena berpindah ke tempat lain, dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu..
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu..
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seorang kekasih..
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu banyak kali dalam sehari atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim SMS atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu..
  • Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tidak akan mengulanginya lagi..
  • Jika kamu memintanya mengajar sesuatu, dia akan mengajar kamu dengan sabar walaupon kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia.
  • Ketika kamu melihat telefon bimbitnya, namamu menghiasi sebahagian besar 'inbox'nya dan dia masih menyimpan mesej kamu walaupon pesanan itu sudah kamu kirim sejak berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun yang lalu..
  • Jika kamu menolaknya suatu hari nanti, dia akan menyedarinya dan melarikan diri daripada kehidupanmu, walaupon waktu itu hatinya terluka...

Adakah orang yang berada disisimu sekarang melakukannya dengan cara-cara seperti di atas?? Kalau ada jangan mensia-siakan insan tersebut, kerana kamu akan menyesal keran insan sebegini hanya akan datang sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, hargailah dia sebaiknya........

p/s: I have let person like this a while ago ..
now I'm fighting with feelings as to whether to let him go (other person), or continue to fight for this love and the reason is because of the family.. =_="


No comments: