Cam BeSt je.. JOM KliK..♥♥♥

Saturday, February 26, 2011

TiTiPaN KaSiH

Salam...

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku
Tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi...

Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupon tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupon tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupon di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

AMIN... Ya Rabbal Alamin....


note: tak tau kenapa semenjak dua menjak nie hati rasa tak tenteram.. semoga Dia mengembalikan ketenangan seperti dulu.. Amin...

KeLaZaTan Yg TiADa TanDingNya..


Salam... ari nie saya nak share resipi yang sangat lazat jika kita mampu membuatnya dengan sepenuh hati dan ikhlas... =)

BAHAN-BAHANNYA:

  • Buku secukupnya
  • Sebuah ketekunan-diparut dan diperah
  • Kerajinan
  • 4 hiris keinsafan-dimayang
  • 5 keping kasih sayang
  • Beberapa potong nasihat
  • Beberapa potong doa
  • Sedikit dendam dan hasad dengki-dihancurlumatkan
  • Secebis malas-digoreng dan ditumbuk halus
  • Segenggam harapan
  • 1/2 cawan air mata
  • Semangkuk azam
  • Sekuntum senyuman untuk hiasan

CARA-CARANYA:

Buku dipotong sebelas(ikut berapa subjek amik), basuh dan toskan. Gaulkan buku dengan azam. Biarkan ketekunan diperah menjadi satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama. Pijarkan air mata, turiskan keinsafan hingga bangkit kesedaran. Kemudian masukkan bahan yang digaul tadi. Kacaukan dengan pemikiran yang baik dan sempurna. Masukkan pula buku dan campurkan dengan didikan. Tambahkan pula dengan keinginan, malas yang telah dihancurlumatkan beserta hasad dengki dan ditumbuk halus. Akhirnya, masukkan keinsafan, kesungguhan, beberapa potong nasihat dan doa. Tutup dengan keimanan dan ketaqwaan. Apabila sudah masak, rasailah kelazatannya. Lebih menarik lagi jika ditaburkan dengan kesyukuran dan hiasilah dengan sekuntum senyuman. =)

SeLaMaT MencUba...!!!


p/s: saya pon sedang mencuba utk mendapat kelazatan yang amat sangat...


Saturday, February 19, 2011

JaNgAn MenSia-SiAkAn DiA

Salam...

today i want to share sumthing about love... sumber dari Dara.com edisi Disember 2009..

Orang yang mencintai kamu akan.......

  • Belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD atau kaset kamu kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu.. Baginya kesukaanmu kesukaannya juga..
  • Kali terakhir bertemu kamu sedang sakit, beberapa hari kemudian dia akan mengirim SMS dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu..
  • kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "good luck" untuk memberikan semangat kepada kamu..
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia..
  • Jika kamu kena berpindah ke tempat lain, dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu..
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu..
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seorang kekasih..
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu banyak kali dalam sehari atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim SMS atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu..
  • Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tidak akan mengulanginya lagi..
  • Jika kamu memintanya mengajar sesuatu, dia akan mengajar kamu dengan sabar walaupon kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia.
  • Ketika kamu melihat telefon bimbitnya, namamu menghiasi sebahagian besar 'inbox'nya dan dia masih menyimpan mesej kamu walaupon pesanan itu sudah kamu kirim sejak berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun yang lalu..
  • Jika kamu menolaknya suatu hari nanti, dia akan menyedarinya dan melarikan diri daripada kehidupanmu, walaupon waktu itu hatinya terluka...

Adakah orang yang berada disisimu sekarang melakukannya dengan cara-cara seperti di atas?? Kalau ada jangan mensia-siakan insan tersebut, kerana kamu akan menyesal keran insan sebegini hanya akan datang sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, hargailah dia sebaiknya........

p/s: I have let person like this a while ago ..
now I'm fighting with feelings as to whether to let him go (other person), or continue to fight for this love and the reason is because of the family.. =_="