Cam BeSt je.. JOM KliK..♥♥♥

Monday, July 12, 2010

La Tahzan

Salam semua...

Bila rasa sakit hati + jatuh sakit, rasa ingin pulang ke kampung halaman.. tetiba teringat akan ibu dan ayah di rumah... sedih bukan kepalang coz kalau di rumah, pasti ibu akan tenangkan dan sapukan ubat pada saya.. huhu...

dalam kesakitan and sambil2 tengok2 di facebook, dekat wall tepi tue, ade appear "La tahzan, Jalan Ke pangkuan Allah terlalu luas".. Baru terfikir, kesakitan yang saya alami nie hanyalah kesakitan yang kecil jika berbanding dengan kesakitan dan keperitan orang2 Islam di Gaza... kalau saya xsalah, bila kita mengalami kesakitan means jatuh sakit, bermakna sebahagian kecil dosa2 yang telah kita lakukan terhapus... (if I'm not mistakenla... kalau salah, betulkan saya ye..)

La Tahzan... Tersenyumlah.. jangan menunggu bahagia untuk tersenyum... Namun senyumlah agar engkau bahagia....



BaiK lawanNya BaiK



Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina ‘Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian ‘Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah ‘Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.

Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir’aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A’lam.
Prof Madya Mazanah bt Daud


Source: sini

Thursday, July 8, 2010

fEsYen Si KuRus

Salam semua...

Entri kali nie nak kongsi bout pakaian yg sesuai utk si kurus... hehehe... utk yang bertubuh kecik & slim, jom usha2 kat bawah pakaian jenis mcm mna yg sesuai ngan kte...

Pakaian yang disarankan

  • Pakaian yang memiliki kerutan atau ruffles

    Kerutan dan detail ruffles akan memberi efek tubuh lebih berisi.
  • Pakaian yang berbahan rajutan

    Bahan rajutan lebih tebal dibandingkan bahan lain, maka bahan rajutan sangat cocok untuk tubuh Anda yang kurus.
  • Mengenakan pakaian dengan model menumpuk

    Anda dapat merupakan beberapa pieces pakaian, misalnya gunakan kemeja dengan rompi, vest, atau sweater.
  • Menggunakan pakaian dengan siluet dada yang tegas

    Atasan atau terusan dengan siluet pada bagian dada akan menjadi pemanis yang akan membuat penampilan lebih menarik.
  • Gunakan pakaian dengan motif garis horizontal

    Seperti yang umum diketahui, garis horizontal akan memberi kesan melebarkan tubuh. Ini menjadi motif yang cocok untuk membuat tubuh terlihat lebih lebar.
  • Menggunakan pakaian dengan warna cerah

    Warna cerah seperti putih, kuning atau pink membuat tubuh terlihat lebih besar.
  • Rok dengan model rimple

    Rok dengan lipatan-lipatan seperti model rimple membuat tubuh bagian bawah terlihat lebih berisi.

Pakaian yang xdisarankan

  • Pakaian yang terlalu ketat

    Karena terlalu ketat dan menempel pada tubuh, maka akan menegaskan bentuk tubuh Anda. Bila tubuh terllau kurus dan Anda ingin menyamarkannya, hindari pakaian yang terlalu ketat.
  • Model pakaian yang longgar

    Walaupun sebaiknya tidak menggunakan pakaian yang terlalu ketat, tidak berarti Anda harus memilih pakaian yang longgar. Pakaian yang terlalu besar, akan membuat tubuh Anda semakin kecil dan kurus.
  • Pakaian dari bahan yang tipis dan lemas

    Bahan pakaian yang tipis dan lemas tidak membantu menambahkan volume tubuh dan akan membuat tubuh kurus semakin terlihat.
  • Pakaian dengan motif garis vertikal

    Garis vertikal akan membuat Anda terlihat lebih kurus efek garis yang ditimbulkan.
  • Pakaian berwarna gelap

    Warna gelap memberi kesan menguruskan, maka jika tidak ingin membuat tubuh terlihat lebih kurus sebaiknya tidak mengenakan pakaian dengan warna-warna gelap.

Sunday, July 4, 2010

Doa BuaT SaHaBat

Salam semua...

Tiba2 keinginan utk memasak menggila sekarang... tapi apakan daya.. tinggal di rumah sewa bukannya byk kemudahan seperti di rumah sendiri.. masak yang simple saje.. huhu...

okla... kite berbalik kepada isu yang saya nak kongsikan ari nie.. hmmm... ape ye...???

Saya nak kongsi ' DOA UTK SAHABAT' khas buat teman2 seperjuangan yang saya kenali atau juz di alam maya

Ya Allah,
Jika sahabatku JATUH CINTA,
Berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu
Agar bertambah kekuatannya utk menyintai-Mu

Wahai Maha Penyayang,
Jika sahabatku JATUH HATI,
Izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya bertaut pada-Mu
Agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah

Wahai Maha Pengasih,
Jika sahabatku RINDU,
Rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu,
Jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu..

Amin Ya Rabbal Alamin.....

sedikit kata2 dari saya: pilihlah sahabat yang baik, yang boleh mengajak kita ke jalan yang diredhai-Nya.. dan boleh berkongsi susah dan senang bersama kita... tersalah memilih sahabat, merana lah diri...